… bila Jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji, mereka tidak mahu pula kajian dibuat. Aneh sungguh.
“Pada 9 November 2009, saya mengatur satu pertemuan di antara YB Dato’ Husam Musa, YB Dr Hatta, YB Dzulkifli Ahmad dan YB Salahuddin Ayub dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah di Langgak Golf. YB Salahuddin Ayub tinggalkan Langgak Golf sebelum mesyuarat bermula untuk kembali ke Parlimen….”
Penentangan terhadap penubuhan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji Bayaran Tunai Petroleum dikalangan pihak pembangkang dan kuncu-kuncunya jelas membuktikan mereka sebenarnya tidak faham langsung apa yang mereka tuntut. Mereka terus menuntut pemberian royalti sedangkan mereka tidak tahupun bahawa perkataan ROYALTI itupun tidak pernah wujud di dalam suratcara yang ditandatangani oleh Kerajaan negeri Kelantan dan PETRONAS.
PAS juga seolah-olah ketakutan dan mula panik kerana mereka sedar tuntutan mereka akan memberi kacau kepada peluang mereka di dalam pilihanraya di Terengganu. Ini kerana akibat dari tindakan tuntutan oleh PAS Kelantan, rakyat Terengganu berkemungkinan besar akan kehilangan…
View original post 761 more words
