Who is Wild Geese? And do I see an OIMS badge?
SYARIKAT Wild Geese Group Sdn. Bhd. (Wild Geese) yang menyediakan pusat perkhidmatan maklum balas kecemasan (ERCS) khas untuk pemain industri minyak dan gas dunia membuka habnya di negara ini baru-baru ini.
Perkhidmatan yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu merupakan yang pertama di Asia Tenggara dan kedua di seluruh dunia dijangka memberi kelebihan kepada pelantar minyak dan gas di sekitar Malaysia serta negara serantau.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wild Geese, Tim Allsop berkata, kewujudan hab itu berfungsi sebagai perkhidmatan luaran untuk tindak balas kecemasan di pelantar bertujuan meminimumkan jumlah kecederaan dan menyelesaikan kecemasan pada kadar segera.
…
