You can translate yourself.
From Utusan, dateline 2013-02-03:
Sebanyak 47 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ekonomi Melayu mahu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Tan Sri Shamsul Azhar Abbas meletak jawatan daripada menerajui syarikat khazanah yang menjadi ikon negara ini.
Kesemua NGO yang bergabung di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mendakwa Petronas di bawah kepimpinan Shamsul Azhar gagal menjalankan tanggungjawab dan matlamat penubuhan iaitu meningkatkan ekonomi usahawan bumiputera, khususnya dalam bidang minyak dan gas.
Pengerusi MTEM, Datuk Syed Ali Mohamed Alattas mendakwa, antara punca utama syarikat nadi negara itu gagal dalam penubuhannya kerana lebih mengutamakan syarikat asing yang sebahagiannya tidak mempunyai lesen Petronas seperti termaktub dalam undang-undang.
…
